Monday, February 28, 2011

Persoalan Hidup

0 comments
Kenapa aku belum kahwin?

Selalunya persoalan ni selalu timbul dari kawan-kawan atau keluarga. Sebenarnya, ada banyak hal lagi yang perlu aku selesaikan sebelum masuk ke peralihan fasa dalam hidup seorang lelaki-kahwin dan berkeluarga.

Aku pohon maaf kepada sesiapa saja yang mengenal dan pernah mengenali aku, yang banyak memberi harapan dan lain-lain. Untuk persoalan ini, rasanya masih terlambat.


Tiba-tiba terdetik satu dialog dari filem
Ketika Cinta Bertasbih; Kalau aku jadi orang tua Ana, ketika ada dua mahasiswa datang kepadaku yang satu sangat serius belajar, sementara yang satunya asyik dengan menjual tempe dan bakso. Maaf Zam, aku akan memilih yang serius belajar. Aku tidak bermaksud menyinggungmu.
Tapi aku ingin kamu lebih realistik. Cubalah kamu raba apa kata Cairo terhadap dirimu.

Ternyata, aku tidak layak untuk memperisterikan seorang wanita. Dengan gaji aku yang tak seberapa, mana mungkin aku mampu untuk menunaikan hasrat ini.

Setiap orang pasti punya prinsip dalam hidupnya. Biasanya yang berdasarkan apa yang diyakini kebenarannya. Prinsip hidup aku, berkahwin tanpa mengharapkan bantuan dari keluarga. Aku berusaha mengumpul wang, fikirkan masa depan dan kerjaya. Tapi semuanya berubah. Aku kecewa. Kecewa dengan hidup.Mungkin ini takdir yang perlu aku tempuh. Sentiasa tabah dan ingat tentang erti sabar.

Allah tidak pernah menguji seorang hamba melebihi kemampuannya.

Monday, February 21, 2011

APA KEBAIKAN SINETRON, TELENOVELA, SOAP OPERA DAN SEBAGAINYA?

1 comments
1.Belajar bahasa asing.

Kita tidak perlu lagi menghabiskan masa lagi ke kelas-kelas bahasa asing. Kesemua bahasa yang digunapakai biasanya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Anda hanya perlu mencatit sahaja. Percayalah! Ianya percuma.

Pelajarilah bahasa asing secara percuma dengan menonton tv.

2. Mencuci mata.

Istilah mencuci mata disini bukannya seperti yang anda fikirkan. Luaskan sedikit kotak pemikiran kita. Ianya lebih kepada acara tangisan dan ratapan para penonton setia rancangan-rancangan ini. Aktiviti ini sihat untuk mata anda setelah sekian lama terjejas akibat habuk, jerebu dan pencemaran-pencemaran lain.

Tangisan terapi untuk mata.

3. Mengisi masa lapang.

Para penonton siri televisyen (biasanya suri rumah) menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton rancangan ini di kaca tv. Daripada dihabiskan masa berjam-jam dengan sia-sia, lebih baik menonton siri ini (yang entah berapa ratus episod). Sekurangnya, masa yang terluang begitu sahaja telah terisi.

Mengisi masa terluang berjam-jam di kaca tv

4. Menghiburkan hati yang lara

Khas untuk para pelajar yang mengalami tekanan di sekolah, para pekerja yang mengalami stress dan orang yang mengalami kebuntuan fikiran. Siri rancangan ini, kadangkala menampilkan aksi lakonan lucu dan pintar ala-ala pelawak ngeri yang tidak masuk akal. Walau apa sekali pun punca masalahnya, ianya akan menghiburkan anda. Ini sedikit sebanyak menghilangkan ketegangan anda sewaktu berada di rumah. Mungkin gaya penyampaian lawak mereka lebih baik dari melayan kerenah anak-anak anda di rumah.

Kadangkala, mereka juga membuat penampilan istimewa di dalam rancangan tv.

Thursday, February 3, 2011

Dua subjek pembelajaran yang gagal

2 comments

Tumbukan Seinci



Aku adalah seorang individu yang amat mudah dipengaruhi dan berpengaruh (kononnya). Meminati filem-filem aksi yang membuatkan paras adrenalin aku melonjak secara tiba-tiba serta merentap jantung. Sekarang, aku sedang belajar mempraktikkan hikmat tumbukan seinci. Ini berlaku gara-gara cerita Legend Of Bruce Lee yang ditayangkan di 8TV.

Tumbukan Seinci



Drama tersebut menceritakan tentang pembabitan awal Bruce Lee dan kehidupan beliau sehingga menjadi terkenal. Baru aku tahu, rupanya beliau seorang penari cha-cha sebelum belajar berkungfu. Dari tarian beliau beralih ke dunia kungfu dan seterusnya menceburkan diri dalam acara tinju. Kesannya aku dapat rumuskan, gaya pertarungan legenda Bruce Lee ini mungkin dipengaruhi oleh gabungan 3 seni yang dipelajarinya itu. Sebab itulah, aksinya seperti menari sambil menumbuk. Dengan gaya yang tersendiri, aku yakin semua itu berkat keyakinan dan latihan yang kerap. Walaupun Bruce sombong, keras kepala, berlagak pandai dan sedikit riak, beliau tetap yakin pada kemampuan diri.

Berbalik kepada tumbukan seinci, aku melihat banyak video-video lama serta dokumentari dari Youtube. Terdapat juga cara dan teknik untuk mempraktikkan gaya tumbukan ini. Sebelum menumbuk, kaki mestilah berkedudukan seperti memasang kuda-kuda. Tujuannya untuk mengumpulkan tenaga pada tumbukan. Tumbukan haruslah ditujukan tetap ke titik penumpuan. Seperti kata gurunya,

“Tenaga dari tanah, tumbukan dari hati. Ianya umpama kanak-kanak bermain kanta dan kertas. Kanta ditumpukan pada permukaan kertas sehingga kertas terbakar” - Sifu kepada Bruce Lee

Dari kata-kata gurunya dapatlah aku rumuskan, penumpuan dan kumpulan tenaga ini menghasilkan tumbukan yang padu, walaupun dalam jarak seinci. Aku mempraktikkan tumbukan ini di rumah. Tapi malangnya belum berhasil. Mungkin aku terlebih pantas dari tahap pembelajaran yang diterima oleh Bruce Lee(merujuk kepada siri tv). Beliau sekarang masih tercari-cari lagi maksud tersirat gurunya. Aku pula telah mendahuluinya sekarang.

Memandangkan aku tumbukan aku tak seberapa kuatnya, mungkin aku perlu belajar teknik asas dahulu. Aku mesti berlatih berdiri dalam kedudukan memasang kuda-kuda selama 1 hari. Mungkin minggu seterusnya, berdiri kuda-kuda sambil memegang kayu seperti yang dilakukan beliau sebelum ini. Mungkinkah aku juga perlu menghadiri kelas tarian Cha-Cha dan mewakili sekolah sepertinya?

Mungkin juga,
aku tak berbakat dalam seni tumbukan seinci. Tumbuk kayu, tangan pula yang sakit. Itu belum lagi tumbukan pada 2 lapis blok kayu ukiran(jelutong). Hancur lunyai tanganku nanti.

Haih.Lupakan saja semua itu latihan itu. Bukannya dalam pertarungan aku nak tumbuk kayu, tapi musuh. Jadi, perkara pokoknya sekarang, aku memerlukan

1. Seorang sukarelawan yang penyabar - Sukarelawan ini umpama “tikus makmal” bagi tumbukan tersebut. Kriteria utama haruslah penyabar dan mampu mengawal diri.

2. 2 orang pembantu – Untuk mememegang kayu jelutong.
3. Paramedik - Sebagai langkah persediaan.Andai terdapat kecederaan terhadap aku (dibelasah oleh sukarelawan yang hilang sabar)ataupun sukarelawan itu sendiri (yang cedera parah akibat tumbukan padu ke tulang rusuknya-kononnyalah)


Gaya tekan tubi (2 jari) Bruce Lee



Sekarang aku tengah melihat gaya tekan tubi dua jari Bruce Lee pula. Mungkin aku berbakat dalam teknik ini. Kemungkinan itu kan sifatnya tidak terbatas? Walaupun aku tak dapat menguasai tumbukan seinci mahupun gaya tekan tubi dua jari (walaupun belum mencuba, tapi aku rasa memang susah). Sekurang-kurangnya hidup aku lebih bertuah daripada si Bruce Lee. Beliau belajar berkungfu kerana selalu dibuli di sekolah. Akibat desakan dan tekanan yang diterima semasa remaja, jadi tak mustahil dia mampu menjadi sehebat itu.