Monday, February 28, 2011

Persoalan Hidup

0 comments
Kenapa aku belum kahwin?

Selalunya persoalan ni selalu timbul dari kawan-kawan atau keluarga. Sebenarnya, ada banyak hal lagi yang perlu aku selesaikan sebelum masuk ke peralihan fasa dalam hidup seorang lelaki-kahwin dan berkeluarga.

Aku pohon maaf kepada sesiapa saja yang mengenal dan pernah mengenali aku, yang banyak memberi harapan dan lain-lain. Untuk persoalan ini, rasanya masih terlambat.


Tiba-tiba terdetik satu dialog dari filem
Ketika Cinta Bertasbih; Kalau aku jadi orang tua Ana, ketika ada dua mahasiswa datang kepadaku yang satu sangat serius belajar, sementara yang satunya asyik dengan menjual tempe dan bakso. Maaf Zam, aku akan memilih yang serius belajar. Aku tidak bermaksud menyinggungmu.
Tapi aku ingin kamu lebih realistik. Cubalah kamu raba apa kata Cairo terhadap dirimu.

Ternyata, aku tidak layak untuk memperisterikan seorang wanita. Dengan gaji aku yang tak seberapa, mana mungkin aku mampu untuk menunaikan hasrat ini.

Setiap orang pasti punya prinsip dalam hidupnya. Biasanya yang berdasarkan apa yang diyakini kebenarannya. Prinsip hidup aku, berkahwin tanpa mengharapkan bantuan dari keluarga. Aku berusaha mengumpul wang, fikirkan masa depan dan kerjaya. Tapi semuanya berubah. Aku kecewa. Kecewa dengan hidup.Mungkin ini takdir yang perlu aku tempuh. Sentiasa tabah dan ingat tentang erti sabar.

Allah tidak pernah menguji seorang hamba melebihi kemampuannya.

Monday, February 21, 2011

APA KEBAIKAN SINETRON, TELENOVELA, SOAP OPERA DAN SEBAGAINYA?

1 comments
1.Belajar bahasa asing.

Kita tidak perlu lagi menghabiskan masa lagi ke kelas-kelas bahasa asing. Kesemua bahasa yang digunapakai biasanya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Anda hanya perlu mencatit sahaja. Percayalah! Ianya percuma.

Pelajarilah bahasa asing secara percuma dengan menonton tv.

2. Mencuci mata.

Istilah mencuci mata disini bukannya seperti yang anda fikirkan. Luaskan sedikit kotak pemikiran kita. Ianya lebih kepada acara tangisan dan ratapan para penonton setia rancangan-rancangan ini. Aktiviti ini sihat untuk mata anda setelah sekian lama terjejas akibat habuk, jerebu dan pencemaran-pencemaran lain.

Tangisan terapi untuk mata.

3. Mengisi masa lapang.

Para penonton siri televisyen (biasanya suri rumah) menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton rancangan ini di kaca tv. Daripada dihabiskan masa berjam-jam dengan sia-sia, lebih baik menonton siri ini (yang entah berapa ratus episod). Sekurangnya, masa yang terluang begitu sahaja telah terisi.

Mengisi masa terluang berjam-jam di kaca tv

4. Menghiburkan hati yang lara

Khas untuk para pelajar yang mengalami tekanan di sekolah, para pekerja yang mengalami stress dan orang yang mengalami kebuntuan fikiran. Siri rancangan ini, kadangkala menampilkan aksi lakonan lucu dan pintar ala-ala pelawak ngeri yang tidak masuk akal. Walau apa sekali pun punca masalahnya, ianya akan menghiburkan anda. Ini sedikit sebanyak menghilangkan ketegangan anda sewaktu berada di rumah. Mungkin gaya penyampaian lawak mereka lebih baik dari melayan kerenah anak-anak anda di rumah.

Kadangkala, mereka juga membuat penampilan istimewa di dalam rancangan tv.

Thursday, February 3, 2011

Dua subjek pembelajaran yang gagal

2 comments

Tumbukan Seinci



Aku adalah seorang individu yang amat mudah dipengaruhi dan berpengaruh (kononnya). Meminati filem-filem aksi yang membuatkan paras adrenalin aku melonjak secara tiba-tiba serta merentap jantung. Sekarang, aku sedang belajar mempraktikkan hikmat tumbukan seinci. Ini berlaku gara-gara cerita Legend Of Bruce Lee yang ditayangkan di 8TV.

Tumbukan Seinci



Drama tersebut menceritakan tentang pembabitan awal Bruce Lee dan kehidupan beliau sehingga menjadi terkenal. Baru aku tahu, rupanya beliau seorang penari cha-cha sebelum belajar berkungfu. Dari tarian beliau beralih ke dunia kungfu dan seterusnya menceburkan diri dalam acara tinju. Kesannya aku dapat rumuskan, gaya pertarungan legenda Bruce Lee ini mungkin dipengaruhi oleh gabungan 3 seni yang dipelajarinya itu. Sebab itulah, aksinya seperti menari sambil menumbuk. Dengan gaya yang tersendiri, aku yakin semua itu berkat keyakinan dan latihan yang kerap. Walaupun Bruce sombong, keras kepala, berlagak pandai dan sedikit riak, beliau tetap yakin pada kemampuan diri.

Berbalik kepada tumbukan seinci, aku melihat banyak video-video lama serta dokumentari dari Youtube. Terdapat juga cara dan teknik untuk mempraktikkan gaya tumbukan ini. Sebelum menumbuk, kaki mestilah berkedudukan seperti memasang kuda-kuda. Tujuannya untuk mengumpulkan tenaga pada tumbukan. Tumbukan haruslah ditujukan tetap ke titik penumpuan. Seperti kata gurunya,

“Tenaga dari tanah, tumbukan dari hati. Ianya umpama kanak-kanak bermain kanta dan kertas. Kanta ditumpukan pada permukaan kertas sehingga kertas terbakar” - Sifu kepada Bruce Lee

Dari kata-kata gurunya dapatlah aku rumuskan, penumpuan dan kumpulan tenaga ini menghasilkan tumbukan yang padu, walaupun dalam jarak seinci. Aku mempraktikkan tumbukan ini di rumah. Tapi malangnya belum berhasil. Mungkin aku terlebih pantas dari tahap pembelajaran yang diterima oleh Bruce Lee(merujuk kepada siri tv). Beliau sekarang masih tercari-cari lagi maksud tersirat gurunya. Aku pula telah mendahuluinya sekarang.

Memandangkan aku tumbukan aku tak seberapa kuatnya, mungkin aku perlu belajar teknik asas dahulu. Aku mesti berlatih berdiri dalam kedudukan memasang kuda-kuda selama 1 hari. Mungkin minggu seterusnya, berdiri kuda-kuda sambil memegang kayu seperti yang dilakukan beliau sebelum ini. Mungkinkah aku juga perlu menghadiri kelas tarian Cha-Cha dan mewakili sekolah sepertinya?

Mungkin juga,
aku tak berbakat dalam seni tumbukan seinci. Tumbuk kayu, tangan pula yang sakit. Itu belum lagi tumbukan pada 2 lapis blok kayu ukiran(jelutong). Hancur lunyai tanganku nanti.

Haih.Lupakan saja semua itu latihan itu. Bukannya dalam pertarungan aku nak tumbuk kayu, tapi musuh. Jadi, perkara pokoknya sekarang, aku memerlukan

1. Seorang sukarelawan yang penyabar - Sukarelawan ini umpama “tikus makmal” bagi tumbukan tersebut. Kriteria utama haruslah penyabar dan mampu mengawal diri.

2. 2 orang pembantu – Untuk mememegang kayu jelutong.
3. Paramedik - Sebagai langkah persediaan.Andai terdapat kecederaan terhadap aku (dibelasah oleh sukarelawan yang hilang sabar)ataupun sukarelawan itu sendiri (yang cedera parah akibat tumbukan padu ke tulang rusuknya-kononnyalah)


Gaya tekan tubi (2 jari) Bruce Lee



Sekarang aku tengah melihat gaya tekan tubi dua jari Bruce Lee pula. Mungkin aku berbakat dalam teknik ini. Kemungkinan itu kan sifatnya tidak terbatas? Walaupun aku tak dapat menguasai tumbukan seinci mahupun gaya tekan tubi dua jari (walaupun belum mencuba, tapi aku rasa memang susah). Sekurang-kurangnya hidup aku lebih bertuah daripada si Bruce Lee. Beliau belajar berkungfu kerana selalu dibuli di sekolah. Akibat desakan dan tekanan yang diterima semasa remaja, jadi tak mustahil dia mampu menjadi sehebat itu.

Monday, January 31, 2011

Kemunculan Pencipta Baru

0 comments
Theo Jansen



His creatures are designed to move -- and even survive -- on their own.


Artisan Theo Jansen menunjukkan keunikan arca kinetiknya yang diperbuat dari tuib plastik dan botol lemonad. Pencipta yang merintis segala kemungkinan. Sebenarnya, pereka dan ahli seni memang "orang gila". Dengan kegilaan inilah lahirnya karya dan ciptaan yang menongkah arus, unik dan terkeluar dari kotak pemikiran manusia lain. Maka lahirlah peciptaan yang pelbagai.Inilah yang kita perlukan. Bukannya melahirkan penghibur yang kurang berbakat dan mencipta publisiti murahan di kaca televisyen-lagak orang bodoh yang sememangnya tiada bakat.

Kasihan

Friday, January 21, 2011

Antara Myanmar dan Bangladesh, mana lagi bagus??

3 comments
'Si Myanmar hebat' sedang menunjukkan demo sidang video kepada si Bangladesh.

Terdapat 2 perbezaan sifat yang terdapat di antara kaum pendatang di Malaysia. Kaum pertama-Myanmar(Burma). Mereka ini biasanya bersifat semulajadi mudah membangga diri. Justeru, tidak hairanlah jika mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk menunjukkan tahap kemampuan serta sanjungan daripada kaum mereka sendiri. Siapa sahaja yang hidup 'mewah', akan sentiasa mendapat perhatian dan dilayan seperti ketua sesebuah kumpulan (yang kebanyakannya dari kalangan orang-orang Myanmar). Kebanyakan orang Myanmar mempunyai motorsikal yang dibeli dengan menggunakan nama orang-orang melayu di kampung-kampung. Ada juga yang mempunyai motorsikal besar setelah bekerja dan merantau lebih satu dekad atau puluhan tahun di Malaysia. Status mereka boleh dianggap tinggi hingga sudah boleh dianggap old timer(otai) atau pelopor yang terawal berhijrah ke Malaysia. Mereka juga berkemungkinan telah banyak menabur jasa terhadap tanah air kita dan memberi sumbangan terhadap pembentukan negara Malaysia. Menjadi 'unsung hero' di bumi asing.

Tahap pencapaian tertinggi bagi orang Myanmar adalah melalui perkahwinan. Mereka boleh berbangga jika dapat mengahwini rakyat tempatan. Lebih membanggakan lagi jika beristeri dua. Di dalam sejarah orang Myanmar, belum ada lagi yang beristeri dua. Seorang isteri rakyat Myanmar yang bertaraf penduduk tetap, seorang lagi isteri warga tempatan. Maka tidak hairanlah, ada orang Melayu yang 'meracun' dan memberi dorongan. "Mat Noor Khushairi, kalau hang kahwin dua,hang lah orang Burma yang pertama buat. Mana ada lagi orang Burma kahwin dua"-kata si Melayu. Semakin resah, gelisah, tak boleh duduk diam asyik memikirkan cadangan tersebut.

Kaum yang kedua, Bangladesh. Sifat kedekut dan berjimat-cermat biasanya diwakili oleh orang-orang Bangladesh. Mereka hidup sederhana. Cukup makan, pakai dan lebihan wang digunakan sebaiknya. Ada juga yang wang untuk dihantar ke kampung halaman. Kita biasa melihat, mereka hanya menapak (berjalan kaki) dari satu tempat ke satu tempat. Kadangkala secara solo, kadangkala berjalan secara berkumpulan. Keluar ke kedai atau pasaraya murah sambil menggendong beras, makanan dan barangan dapur.

Mereka juga kebanyakannya kurang mempunyai rasa malu. Justeru tidak hairanlah mereka boleh berjalan seiringan sambil berpegangan tangan semasa berjalan. Mereka tidak 'sehebat' orang Myanmar yang mempunyai motorsikal. Kalau ada pun, mungkin basikal saja. Itulah satu-satunya kenderaan yang mereka ada.

Mereka akan menjadi 'hebat' bila ditugaskan menjaga kaunter stesen minyak. Menjaga kaunter wang bagi mereka, mungkin boleh dianggap tinggi tarafnya seperti supervisor. Mereka pula yang mengajar kita cara-cara mengisi minyak. Macamlah kita tak tahu perihal cara mengisi minyak. Kalau tidak, sia-sialah iklan kempen mengisi minyak layan diri. Angkat, tolak, masuk, picit.

Orang Myanmar yang telah lama menetap di Malaysia biasanya sudah stabil. Dengan sedikit wang, mereka berniaga kecil-kecilan.Menjual rokok( cerut Myanmar), sirih dan makanan-makanan lain serta minuman kepada para pekerja asing lain di tapak-tapak pembinaan, rumah-rumah pekerja dan sebagainya. Si Bangladesh datang ke rumah Si Myanmar untuk membeli barangan jualan tersebut. Dalam setiap peket ada 4 keping sirih. Harga sirih peket ini boleh mencecah RM 5 jika dijual kepada orang Myanmar. Tapi, bagi orang Bangladesh hanya dijual RM1. Walaupun dijual setiap satu RM 0.25 sen. Itu pun masih lagi berkira. Kalau boleh, sekeping sirih itu pun mahu dibahagi kepada 4 bahagian lagi.

Tak ada untung kalau jual pada si Bangla.

Orang Myanmar juga berfikiran kolot. Walaupun buta IT tetapi tetap tak mengaku kedangkalan fikiran sendiri. Berfikiran sempit. Semuanya mereka tahu. Si Myanmar yang 'hebat' akan mempromosikan perkhidmatan panggilan video ala voice conference. Katanya, mereka boleh bersidang video dengan rakan dan keluarga di Myanmar. Kalau difikir secara logik, komunikasi memerlukan dua hala. Kalau satu sahaja yang ada webcam, macamana dengan orang-orang di Myanmar. Adakah mereka berkemampuan untuk membeli laptop seperti 'si Myanmar hebat' ini. Katanya lagi, asalkan ada telefon, semunya boleh. Kemungkinan 'si Myanmar hebat' tidak tahu menahu pasal itu semua. Dalam fikirannya, asalkan ada laptop dan webcam semuanya boleh. Macamana dengan sambungan internet?

Si Bangladesh yang kedekut pula akalnya panjang. Dalam kedekut ada untungnya. Mereka pergi ke kedai Myanmar tersebut untuk membeli VCD drama dan cerita-cerita yang diimport khas dari sana. Setelah habis dibelek VCD tersebut, mereka akan menyuruh si Myanmar pasang. Setelah 2-minit. Dia berlalu pulang. Esoknya datang lagi dengan modus operandi yang sama. Lama kelamaan dapatlah disimpulkan jalan cerita tersebut. Sudahnya tak beli juga.

Maka, marahlah si Myanmar. "Bodoh punya Bangla, kudukut punya worang. Mau tengok free saja". Jadi si Melayu pun mencelah " Kalau hang nak tau, kat rumah pekerja si Bangladesh, belum tentu ada VCD player. Macamana depa nak beli cd tu, nanti nak pasang kat mana? Tv pun belum tentu ada."

Dua kali lima.

Thursday, January 20, 2011

Bas tak bernombor - satu penyeksaan

2 comments
Bas No. 13
Lagu dan Lirik oleh M. Nasir

Lama sudah tak ke Geylang Serai
Ingin bertemu teman-teman lama
Masih ku ingat nama-nama jalannya
Bas nombor 13 bawa daku ke sana

Tibaku di satu perhentian
Mujurlah hari tak hujan
Ku terus menyeberangi jalan
Nyaris-nyaris disambar kenderaan

Bas nombor 13...mengaum di jalanraya
Bas nombor 13...menuju ke tujuannya
Tiba ku di depan warung Wan Cu
Jelas dia tak seperti dahulu

Lalu aku bertanyakan waktu
Oh! betapa kawan cepat masa berlalu
Ku lihat Geylang Serai berubah
Dari belakang pasar jentolak berkerja

Ku tanya di manakah Pak Dolah beca
Kata seorang penjaja
Pak Dolah sudah bersara
Bas nombor 13...bawaku pulang segera.


Sedang aku berjaga malam ini, secara tiba-tiba lamunan aku tersentak dengan lagu dan bait-bait lirik M Nasir- Bas no 13. Dalam lagu tersebut, M Nasir cuba menghuraikan, betapa banyaknya perubahan yang telah berlaku, kesan kemajuan, pembangunan yang seiring dengan peredaran zaman yang berlaku di Kota Singa. Tentang kenangan.

Aku di sini, mula teringatkan pahit jerih menanti bas untuk ke sekolah 14 tahun yang lalu. Berulang alik dari sekolah dengan bas. Tetapi bukanlah bas yang bernombor 13. Melalui penceritaan yang berlainan, kisah pengembaraan bersama bas ini amat terasa. Sekarang, banyak perubahan yang berlaku, baik dari segi nama syarikat, jenis bas, tahap keselesaan yang berlipat kali ganda berbanding dulu.

Aku pernah menaiki pelbagai jenis bas. Antaranya,

1.Bas Roti Buku
Bas yang berbentuk seperti sebuku roti. Tingkap jenis tarik (seperti pintu rumah jepun dengan kata ringkasnya, tingkap jenis tolak dan tarik (slide).

Bas Sebuku Roti


Tingkap tolak - tarik (boleh main aci tarik tingkap dengan awek di depan)


Ada juga tingkap yang boleh ditolak ke bawah. Kalau hari hujan, perlu ditarik ke atas untuk menutupnya. Kuncinya jenis sendal, kadangkala longgar dan tidak cukup kuat untuk mengunci . Masalah berlaku apabila bas melanggar lopak-lopak di jalanan. Tingkap akan terjatuh ke bawah dan terbuka dengan sendirinya. Ini menyebabkan bunyi yang cukup kuat, sehingga boleh menyebabkan orang yang sedang nyenyak tidur terkejut, terjaga atau melatah. Tingkap jenis ini, biasanya disendal dengan tiket-tiket bas penumpang terdahulu, surat khabar atau tisu muka.

Tingkap jenis sendal tiket


2. Bas Ekspres Pencen
Menggunakan bas ekspress lama yang laluan diantara tempat duduknya amat sempit. Terdapat tandas dibahagian belakang bas. Kadangkala masih boleh digunakan semasa kecemasan dan menyebabkan rasa tidak puas hati pengguna lain di dalam bas.


3. Bas Nazak dahagakan air
Aku pernah beberapa kali menaiki bas yang hampir nazak. Enjin bas ini biasanya masih elok dan menderu lancar sepanjang perjalan. Pemandu akan singgah sebentar ke sebatang sungai atau tali air yang terdapat ditepi jalan. Kunduktor bas akan turun sambil membawa bekas air untuk diisi pada bas. Perjalanan akan bersambung seperti biasa selepas bas selesai 'minum' di sungai berdekatan.

Bas Nazak dahagakan air isotonik dan osmosis songsang


4. Bas berkusyen tidak empuk
Jenis bas yang berkusyen nipis dan tidak empuk megikut kedudukan tulang (fleksibel). Ada besi paip di tepi tingkap sebagai penghadang antara cermin tingkat. Besi itu juga berfungsi sebagai pemegang bagi penumpang untuk bangun menekan loceng semasa bas berjalan. Besi itu juga akan menyebabkan kepala anda terasa sakit bila terketuk secara tidak sengaja ( terlelap atau tidur) akibat permukaan jalan yang berlopak dan tidak rata. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai tempat untuk menghasilkan bunyi isyarat kunduktor bas untuk menyuruh pemandu bas meneruskan perjalanan. Ting ting titing ting ting, begitulah bunyinya. Dan, pemandu pun menekan pedal minyak , memasukkan gear sambil berlalu pergi meninggalkan penumpang yang baru turun sebentar tadi.



Tempat duduk yang memudahkan pandangan melihat keanehan manusia di hadapan yang tidak tahu erti malu

Friday, January 14, 2011

Penipuan yang telah dirancang

1 comments
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu

Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu



Bila terdengar lirik lagu Ramli Sarip dan A. Romzi ini, aku teringat satu kisah penipuan. Kisah pada tahun 1994, sewaktu aku mengikuti Kem IBU - Insan Bijak Utara(kategori bijak juga aku dulu). Selama menghadiri kem tersebut, aku ditempatkan bersama-sama ramai insan bijak dari seluruh daerah tersebut.

Kem tersebut menempatkan golongan yang hebat dalam pencapaian sukan dan akademik. Terdapat dua orang bintang sukan yang berada di dalam kelas aku. Gelaran yang boleh dibanggakan walaupun tanpa mereka sedari. Mungkin juga disebabkan aku seorang sahaja yang kenal mereka sebagai "bintang" berbanding pelajar-pelajar lain. Mereka pernah dilayan sepeeri VIP di sekolah aku dulu, duduk di dalam kelas aku dan belajar bersama-sama. Tapi mungkin aku sahaja yang kenal mereka, mereka pula sebaliknya.

Sepanjang seminggu di sana, kami perlu menghadiri pelbagai kelas yang telah ditetapkan. Terdapat seorang guru sukan yang pandai menulis lirik dan membuat lagu. Beliau merupakan seteru utama sekolah aku dalam permainan bola baling dan bola tampar. Beliau adalah guruh kepada 2 orang "bintang" tersebut. Semasa kelasnya, beliau menulis di papan hijau sambil menyanyikan lagu ini. Beliau mengaku itu adalah lagu rekaan beliau sendiri.

Kami budak-budak sekolah yang jahil tentang seni muzik berpendapat, bait-bait liriknya amat merdu untuk dilagukan oleh Cikgu Anwar. "Sungguh pandai cikgu menggubah lirik", puji salah seorang pelajar.

Kian meningkat dewasa, barulah aku sedar. Kami telah ditipu. Selama ini kami semua (insan-insan yang kononnya bijak) telah tertipu oleh seorang guru sukan. Memang sungguh sedap penipuan dan erti dalam liriknya.

Sehingga kini, masih tergiang-ngiang pengakuan beliau tentang lirik lagu tersebut.

Monday, January 10, 2011

Apa fungsi Bangla???

0 comments

Aku makin hairan. Sekarang harga minyak naik, harga keperluan barang keperluan juga naik. Bila ditanya, alasannya kos semakin meningkat. Tapi, ada satu perkara yang aku hairan. Fungsi pembantu pam di stesen-stesen minyak. Sepatutnya bila semua kos meningkat, pengusaha stesen juga perlu memikirkan inisiatif lain untuk mengurangkan kos pentadbiran mereka. Apa gunanya khidmat layan diri yang diperkenalkan sejak beberapa tahun dulu. Yang aku nampak, penggunaan tenaga buruh luar di stesen minyak semakin meningkat.Itu aku pasti.

Apa fungsi mereka? Aku pun tak berapa faham. Bangla-bangla yang bekerja di stesen selalunya hanya duduk di kerusi di sebelah pam. Bila pembonceng motosikal isi minyak, mereka memerhati sambil duduk bersila panggung di atas kerusi plastik. Bila kereta nak isi minyak, bangla ini akan "buat-buat sibuk". Tapi, bukan membantu untuk mengisi minyak, tapi hanya lapkan cermin. Rasanya tak ada fungsi sangat. Lebih baik tak payah. Menambahkan kos operasi.

Berfungsi atau tidak.Buang saja Bangla itu!!!

Mungkin,

Kerja ini rasanya amat berat (sebenarnya ringan dan tidak perlu untuk mengurangkan kos operasi). Susah rasanya nak ditawarkan pada orang tempatan. Sebab ramai orang Malaysia memang suka dengan kerja-kerja yang mudah, yang cepat dapat duit (Skim Piramid, Skim Cepat Kaya, Login $$ dapat Duit), dan kerja-kerja yang tak meletihkan. Itulah juga puncanya mereka menjadi malas. Mungkin perasaan malu membuatkan mereka sukar untuk mengisi kekosongan jawatan ini (demi menjaga reputasi). Jadi, untuk mengisi jawatan yang sukar ini, kita memerlukan bantuan dan tenaga luar. Tak hairanlah jawatan ini terus dikuasai oleh pendatang asing.

Umpama melukut di tepi gantang

Maksudnya,

Ada atau tiada, tak memberi kesan